News
Mar 14, 2022
Ramai yang tanya bila berurusan dengan kami di 4PM, apa beza kami dengan peguam?

Ramai yang tanya bila berurusan dengan kami di 4PM, apa beza kami dengan peguam?
Apa kepakaran yang ada di 4PM sehingga peguam pun tidak mampu mengatasi masalah² yang berkaitan hal yang terlibat?
Nak cerita tentang kelebihan yang ada di 4PM pun agak sukar, kerana kepakaran ini memang dimiliki oleh Presiden kami di 4PM dalam hal² kebankrapan, hutang lapok, hal² berkaitan perbankan dan sivil.
Kami ambil satu contoh yang pernah berlaku tidak berapa lama dulu, di mana client kami ini berbangsa India, Mr. Poopalen yang mana rumahnya lagi 4 hari akan dilelong dan bank minta jelaskan sebanyak RM68K (setelah 2 tahun tidak bayar ke bank).
Setiap bulan bayaran rumah tersebut adalah sebanyak RM1200 dan seperti biasa, bila 2 tahun tidak bayar, kos menjadi RM68K termasuk faedah dan legal charges. Mr. Poopalen memang tidak mampu membayar sebanyak RM68K. beliau telah mengupah seorang lawyer membantu beliau.
Lawyer tersebut, Mr. Teah mengambil alih kes tersebut, lawyer pun "give up" kerana lawyer tidak mampu membatalkan lelongan tersebut dan bank tetap minta jumlah penuh RM68K untuk diselesaikan.
Akhirnya Mr. Teah menghubungi Presiden 4PM, Tuan Haji Rosland dan mereka akhirnya bertemu di pejabat 4PM dan membawa Mr. Teah ke bank berkenaan dan dengan duit yang ada sebanyak RM15K dari Mr. Poopalen, akhirnya bank tidak banyak soal dan bersetuju menghentikan tindakan lelong dan bersetuju bayaran bulanan ditetapkan semula seperti jumlah asal sehingga habis dibayar.
Lelongan dihentikan serta merta. Peguam luar tidak mampu buat apa yang 4PM buat tetapi mereka sendiri mencari 4PM untuk membantu memudahkan tugasan mereka. Alhamdulillah syukur.
"Saya punya mak, isteri, anak² sudah nangis bang. Hari² nangis. Saya pun sama. Tak tahu apa mau buat, ini satu² rumah yang saya ada. Kalau apa² jadi, kita semua tak mahu hidup lagi. Kita bukan orang senang, kita orang miskin saja tapi bank buat ini macam langsung tak tolong kita"
3 bulan beliau menahan rasa sebak dan kesal kerana tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut dan beliau pernah berurusan dengan 1 konsultan dan sudah ambil duit dari beliau sebanyak RM8K dan berjanji ingin caveat properti tersebut, ingin buat S&P, tetapi satu pun tak jadi, hanya kata² kosong sahaja yang diterima.
Inilah kata² Mr. Poopolen yang masih tersemat dihati presiden kami.
Bayangkan jika 4PM tiada masa itu, mungkin nyawa 1 keluarga jadi pertaruhan.
Kami di 4PM akan membantu tidak mengira bangsa dan agama. Bila diamanahkan, in shaa Allah kami akan laksanakan sebaiknya.
"Alhamdulillah Ala Kulli Haal"